Saturday, April 21, 2012

Coklat









































sebarang tempahan untuk coklat, sila hubungi saya. Terima kasih :)

Wednesday, April 11, 2012

Produk kecantikan terbaru...

Assalamualaikum. Maaflah kerana sudah lama tidak update sebarang produk. Oleh itu, kali ini saya ingin memasarkan produk kecantikan dari Aura Maya. 



Aura Maya
SKIN CARE - AURA MAYA
1 SET =  SABUN, KRIM MALAM & KRIM SIANG
Harga = RM 140.00 (tidak termasuk kos pos RM 6.00)


Antara Pertanyaan Yg Sering Diajukan: 


 1) Aura Maya Dari Produk Mana? Jawapan: Aura Maya ini adalah produk 100% Malaysia yang merupakan hasil kajian pensyarah UPM. Sudah mendapat lesen KKM sebelum dijenamakan Aura Maya. Pada asalnya pengasas tidak berniat utuk memasarkan Aura Maya sebaliknya hanya nak dipasarkan pada anak-beranak dan saudara mara sahaja. Tetapi untuk mendapatkan balik modal maka ianya dipasarkan. Bahan tumbuhan organik semua terpilih. Sekurang-kurangnya 10 bancuhan baru dapat hasil bancuhan yang betul-betul menjadi. 


2) Halal Ke? Jawapan: Halal sebab dalam krim AM hanya ada 100% tumbuhan organik yang asli. Tidak ada campuran bahan lemak haiwan atau unsur plasenta haiwan atau manusia atau yang seumpamanya.


3) Ada Peeling Tak? Jawapan: Peeling atau pengelupasan berlaku bergantung pada kulit. Kalau jenis kulit yg nipis atau kulit manja, ada peeling sedikit tetapi sangat lembut peeling. Kalau ada rasa pedih, bermakna terlebih pakai krim. Cara pakai krim, sapu hanya 1 lapisan pada kulit. Jangan sapu berulang-ulang pada kulit sebab yang meresap ke dalam kulit hanya lapisan pertama sahaja lebihan krim masih berada di atas kulit. Lebihan krim tu yang menyebabkan kulit rasa pedih. Mana-mana ubat. Yang asalnya ubat jika kita pakai ikut kuantiti yg disarankan. kalau terlebih guna memang akan membawa kpd kemudaratan. Tapi tidaklah sampai mudarat apa pun. Cuma rasa pedih dan terlebih peeling. Untuk cepatkan kesan peeling, masa cuci muka, cuci lama-lama sedikit dan
bilas lama-lama sedikit supaya sel kulit mati jadi lembut. Buat putaran seluruh wajah. Nanti akan keluar seakan daki pada kulit. Yang seakan daki itulah sebenarnya sel kulit mati. 


4) Apa Jaminan Kalau Jadi Makin Teruk? Jawapan: Kami ada lesen KKM. Setakat ini tidak ada lagi yang beli dengan saya yang ada masalah makin teruk. Andaikata selepas pakai AM muka jadi keluar jerawat banyak, maka ada darah kotor atau resdung dan saya biasanya sarankan beli jamu untuk nyah toxin atau kalau tak elok juga, beli pil cuci darah khas untuk masalah resdung (echinachea) di farmasi. InsyaAllah, dgn izin Allah. masalah jerawat akan selesai beransur-ansur. 


5) Boleh Hilangkan Jerawat? Jawapan: Boleh hilangkan jerawat dan bekas-bekasnya. Tapi masalah jerawat tidak akan habis. Jika dia nak keluar, dia akan keluar terutamanya sewaktu kita tertekan, nak datang bulan atau lepas datang bulan. Sebab sewaktu itu memang darah kotor. Jerawat dari dalam. AM hanya jaga kulit dari luar. 


6) Boleh Hilangkan Jeragat? Jawapan: Boleh hilangkan jeragat. Biasanya jeragat lebih cepat kesannya berbanding jerawat sebab jeragat ini melibatkan kulit lapisan atas. Sama juga seperti kesan bekas jerawat. Tapi masalah jerawat bergantung pada keadaan kulit dan darah. 


7) Kenapa Mula-mula Pakai Ada Rasa Gatal? Normal Ke? Jawapan: Rasa gatal pada muka bukan semua orang rasa. Kalau yang jenis kulit tahan lasak atau kulit tebal, tidak akan merasainya. Bagi yang kulit manja atau yang rajin tukar-tukar produk. Memang ada rasa gatal. Sebabnya ada kaitan dengan produk yang digunakan sebelum mengunakan AM. Misal kata sebelum guna AM ada pakai skin care yang ada bahan kimia kuat, bahan kimia tu akan tersimpan di bawah lapisan epidermis. Bila pakai AM semasa nak serasi tu, AM
bertindakbalas dengan bahan kimia di bawah kulit, dia akan jadi gatal-gatal. Kadang-kala ada keluar ruam-ruam halus tapi teruskan sahaja pakai. Selepas 14 hari kulit akan menjadi semakin okay. InsyaAllah. 


8) Boleh Pakai Bedak Tak Dengan Aura Maya Ni? Jawapan: Boleh pakai bedak selepas 14 hari. Jangan campur dengan mana-mana skin care yang ada bahan kimia. Contoh: toner, pelembab atau sebagainya. 


9) Boleh Pakai Scrub? Jawapan: Boleh. 


10) Boleh Gi Facial? Jawapan: Boleh. Tapi disarankan jangan sebab kalau pakai facial. 


11) Boleh Kena Matahari? Jawapan: Untuk 14 hari pertama tidak digalakkan kena direct sun light. Selepas kulit dah pulih.. Biasanya selepas 2-3 minggu dah okay. 


12) Berbahaya Atau Tidak? Cream Aura Maya ini dibuat dari bahan-bahan alami. Bahan-bahan tersebut seperti Aloe Vera, Cendawan Ganoderma (Lingzhi), kunyit, Sengkuang, Temulawak dan Rumpai laut, dan sama sekali tidak menggunakan MERCURY atau HYDROQINOIN. 


13) Perlu Berterusan Ke Pemakaian Aura Maya Ini? Jawapan: Tidak semestinya, jika berhenti penggunaan, tidak akan ada kesan negatif cuma jika kita berhenti menjaga muka. Kulit akan kembali kepada warna asal. Sebab sel kulit mati bertempek semula di
kulit yang menyebabkan kulit menjadi kusam. Hasil maksimum perawatan biasanya seawal 7 hari paling lambat 1 bulan mengikut jenis kulit, namun kesan cerah dari pemakaian Aura Maya boleh dilihat pada minggu pertama pemakaian. Jika ingin menggunakan produk lain setelah 1 set Aura Maya. Boleh yang penting kulit terjaga. Tapi rasakan perbezaan ketika anda merawat kulit dengan Aura Maya dan produk lain.. 


14) Kalau Berhenti Ada Kesan Sampingan Tak? Jawapan: Tidak mendatangkan kesan sampingan tapi kulit akan kembali kusam secara beransur-ansur sebab sel kulit mati kembali menempel pada kulit.


Lagi Info Aura Maya:
-Hasil kajian pensyarah UPM dan telah diuji tahap kandungan bahan kimia dalam krim di makmal UTMJB.

-Produk ini 100% Malaysian product. Bukan dari mana-mana. Dihasilkan dari bahan-bahan yang selamat: semuanya tumbuh-tumbuhanan ORGANIK . Tidak ada placenta haiwan atau manusia.



Antara tumbuhan organik yang terdapat dalam AM:
1. Hamamelis Virginiana L: tumbuhan perdu yang biji-bijinya dapat menghaluskan kulit dan kandungan zatnya dapat menyembuhkan peradangan.
2. Ganoderma Lucidum: sejenis keluarga cendawan; selalu disebut sebagai Raja Cendawan, cendawan merah (Lingzhi) yang dikenal sebagai nutrisi terbaik untuk memperbaharui sel-sel di dalam tubuh dan dapat mencegah penuaan awal.
3. Malaleuca Alternafiola Extrace: tumbuhan yang menyerupai rumput ini adalah tumbuhan yang sangat efektif untuk menggantikan sel-sel kulit mati. (sebab itu bila pakai kita rasa merenyam-renyam sebagai tindak balas bahan ini dengan sel kulit)
4. Mineral Oil: pelembab alami yang membantu melembutkan dan menegangkan kulit, juga sebagai zat yang membuat kulit segar sepanjang hari.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak Nara Galaxy. Terima Kasih

Saturday, April 7, 2012

new arrivals

Hye all.. Maaf dah lama tak update blog ni.. Di sini Nara Galaxy ingin memaklumkan bahawa tak lama lagi kami akan upload new product yang baru je smpai.. InsyaAllah pihak Nara Galaxy akan upload dalam masa terdekat ni.. So, please always update k. Thank for visit us:)